Monday, 13 February 2012

KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG


Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis air matanya namun kita tidak melihat.. kerana menangis dia dalam senyap.. menangis dia dalam hatinya.. deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya mengalir.. sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawalan.. bimbinglah dia.. tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. lantas dia akan menggenggam erat tanganmu.. di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang mengatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya.. apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merinduimu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.. dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang terbaik dimatanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya alam masa sesaat.. kata orang sekeras-keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan kembali semula.. itu tandanya dia benar-benar menyintaimu.. perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. dia terlalu emosional.. tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. akan mengambil masa yang lama untuk pulih…