Tuesday, 14 February 2012

Bertawakkallah Kepada Allah, Lalu Tidurlah dengan Tenang

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan
Sesungguhnya Dia Mahaa Pemurah kepada makhlukNya
Dan pasti akan memberikan kurniaNya

Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam redha Allah dan takdirNya dengan berbantalkan angina keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun, dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan kesedihan anda.
Allah S.W.T berfirman:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(surah Al-Baqarah:Ayat 45)

Ali R.A pernah berkata:

“kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh.”

Maka berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga Firdaus dan tempat yang berada dekat di sisi Tuhan Yang Maha Esa di syurga ‘Adn dan di tempat yang sangat disenangi, sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamatlah buat anda kerana telah memiliki iman dan kesabaran serta percaya kepada pahala Allah. Kelak anda akan mengetahui bahawa dalam keadaan apa pun andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.
Allah S.W.T berfirman:

“…..dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(surah Al-Baqarah:Ayat 155)



AIR MATA TAUBAT ADALAH AIR YANG PALING SUCI

Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah
dan jadikanlah dia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah S.W.T mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumanya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga dia tertidur. Selang beberapa saat dia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya,maka dengan serta-merta dia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat dan mengatakan: “Ya Allah, Engkau adalah hamba-ku dan aku adalah Tuhanmu”(salah dalam berucap kerana gembiranya).

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah S.W.T senang dengan taubat hambaNya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

“……dan bertaubatlah kamu sekamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.”(surah An-Nur:Ayat 31)

Bertaubat mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati dan titisan air mata. Yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang yang bertaubat, modal orang yang Berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar. Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui sirat jambatan yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.