“ … Saya janji takkan tinggalkan awak walau apapun yang terjadi kerana saya terlalu sayangkan awak . saya sayang awak sangat sangat . hanya awak dalam hati saya . saya akan sentiasa disisi awak dan sentiasa buat awak bahagia bila bersama saya … “
Teringat kata kata yang pernah hafiz lafazkan pada suatu masa dulu . kini hanya menjadi kaca yang sentiasa mencalar calar dinding hatiku . sudah hampir dua bulan aku dan hafiz berpisah . kali terakhir berjumpa semasa dia temankan aku pergi hospital kerana aku ada temu janji dengan Dr. Shaiful berkaitan penyakitku . sejak umurku 12 tahun aku telah disahkan mengidap penyakit barah otak .
sengaja aku pasang lagu Kau Anugerahku nyanyian Saleem .. lagu yang pernah dinyanyikan oleh hafiz untukku
“ … akanku sanjung namamu setinggi bulan purnama, ke mana pun jua akanku payungi cinta, tiada lain yang ku lihat, hanya dikau depan mata, anugerah istimewa, Julia … “
Tanpa disedari bergenang air mataku . kesedihanku tidak dapat dikawal lagi . air mata bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir . tak tertahan lagi .
Sedih dihatiku hanya tuhan je yang tahu . hampir setiap hari aku menangis mengingatkan hafiz . mengingatkan kenangan yang pernah aku lalui bersama sama hafiz . permulaan yang sangat indah tak sangka akan berakhir dengan kesedihan .
Tet tet .. tet tet ..
Tiba tiba henfon aku berbunyi . semua orang memandangku cam tak puas hati . mana tak nya aku lupa nak silent henfon daa . malu aku dibuatnya . kelam kabut aku keluarkan henfon dari beg dan terus silent . fuhh ! lega .
“ … okey, dats all for today . we’ll continue in de next class . thanks for coming … “ ucapan terakhir miss Zulia, pensyarah yang mengajar subjek ETR300 (entrepreneurship) dan merupakan pensyarah tercantik sekali di fakulti FSKM . haha
Apa lagi, aku pun terus buka sms tadi .
Aduh, sape pulak ni nak kenalan kenalan pulak . memandangkan aku ngah single, so layan jela .heh heh .
Mesej punye mesej punye mesej . last last dia mengaku dia budak sekolah aku masa sekolah teknik dulu . tapi aku tak penah tengok dia pun, yela budak sekolah tu bukan sikit, kelas teknik ade 5 kelas, vokasional saja ade 17 kelas, masuk ERT lagi 5 kelas . campur semua sekali dah 27 kelas . tuh baru senior . tak campur junior lagi, 27 kali 2 = 54 kelas semuanya . aku agak agak jela, tak pasti pun betol ke tak . J
Dia dapat no fon aku daripada kawan aku, johan . tak pe la . kami pun kawan la . kawan kawan kawan last last couple . first meet ialah di rumah aku . dia datang jumpa family aku, n minta izin untuk bawa aku keluar makan . so sweet n gentle sangat . hati aku sikit sikit dah berkenan dengan sikap dia .
Dia selalu bawa aku pergi tempat tempat menarik . jogging kat taman tasik, naik bukit, jalan jalan kat zoo n macam macam lagi . dia penah hadiahkan aku teddy bear warna putih, sebab dia tahu aku suka warna putih . dia juga selalu hantar aku balik U, memandangkan tempat belajarnya tidak jauh dari tempat aku belajar . aku rasa bahagia sangat .
Setiap kali raya, dialah tetamu pertama yang datang beraya di rumah aku . first year beraya dengan dia, dia datang bawa kawan kawan . second year raya, dia bawa aku jumpa family dia pula . aku rasa dia sangat serius dengan hubungan ni . aku rasa sangat bertuah kerana ditakdirkan bertemu dia .
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan tahun berganti tahun . masuk bulan ni dah tiga tahun lapan bulan kami bercinta . dia dah abis belajar dan kini memulakan Latihan Industri (LI) di pelabuhan sebagai juruteknik elektrikal . sejak itu, aku sering diabaikan . alasannya dia terlalu sibuk . kadang kadang sampai berminggu minggu tak da khabar berita . aku mula tertekan dengan keadaan tu . Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerana aku menyangkakan dia dah ada insan lain dihatinya . aku sangat menderita .
selama lebih kurang lima bulan dia menyepikan diri, tiba tiba dia muncul semula menagih kasih . aku yang masih sayangkan dia tanpa memikirkan apa apa terus bersetuju untuk meneruskan hubungan . kawan kawan aku semua menasihati supaya berfikir dulu, tapi aku tetap dengan keputusan kerana aku terlalu percayakan dia .
selepas aku terima dia semula, dia berjanji akan mengubah sikapnya dan takkan mengulanginya . dia juga minta maaf kerana bersikap cam tu . aku pernah bertanyakan kepadanya, selama lima bulan terpisah ada tak dia bercinta dengan perempuan lain . dia jawab tak ada, n dia tanya aku balik . aku pun jawab tak ada .
seminggu selepas itu, ternyata perangainya kembali seperti dulu . mesej pun dah jarang, tambah tambah call lagi jarang . terseksanya aku .
satu hari, terlintas dalam fikiran aku nak tengok facebook dia . aku baca satu persatu komen komen dia . setiap inci dalam facebook dia aku proses . tiba tiba mata aku terpaku pada satu komen .
Aku mula syak sesuatu . keesokan harinya, aku bertanyakan dia hal tu, tapi dia cakap budak tu adik angkat dia . so aku malas nak panjang crita sebab tak ada bukti yang kukuh untuk bercakap bukan bukan .
Dua tiga minggu lepas tu, aku buka lagi facebook dia . kali ini si perempuan tu tag pula nama dia pada gambar dia .
Sekali lagi aku bertanya soalan yang sama kepadanya . mungkin dia dah mula fade up kot, terus dia matikan panggilan aku . sedih teramat bila dia buat cam tu . mencurah curah air mata aku .
“…kau ni lemah la, baru sikit dah nak nangis . ala ramai lagi orang nak kat kau, kau je tak nak bagi peluang kat orang lain . kalau kau dah tak tahan dengan sikap dia putus jela …” tu la kata kata kawan aku .
Lama aku fikir apa yang perlu aku lakukan . aku takkan puas hati selagi dia tak mengaku . akhirnya aku buat keputusan untuk bertanya sendiri kepada perempuan tu . aku text dalam facebook sebab aku tak ada no fon dia . bila aku tanya perempuan tu, memang betul la apa yang aku sangka selama ni .
Bertambah tambah kesakitan yang aku alami . hibanya rasa . tak ada siapa yang memahami . orang yang aku sayang cinta rindu sanggup menduakan aku . cintaku yang aku dambakan hanya untuk dia sorang dibalas begini . Akhirnya aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan buat kedua kalinya . merayu rayu dia supaya aku tak tinggalkan dia, tapi apakan daya mungkin jodoh aku dengan dia tak kesampaian . bahagia yang aku rasa hanya sampai di tengah jalan je, tak sempat ke penghujungnya .
Kini aku menjalankan kehidupan tanpa dia disisiku lagi . hatiku bertambah tenang cuma sesekali keperitan tu datang bersama angin bayu yang menyapaku lembut . sesekali aku masih teringatkan kenangan bersama dia, kadang kadang aku rindu untuk menatap wajahnya, melihat senyumannya, mendengar suaranya dan macam macam lagi . kadang kadang aku rindu sms dan panggilan dari dia . Ya Allah kenapa semua ni berlaku padaku .
Sekian.