Wednesday, 28 September 2011

WANITA ~ DEHEARTY

lagu ni menceritakan tentang tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami untuk mendidik isterinya.. seseorang wanita ini diciptakan oleh Allah SWT daripada tulang rusuk lelaki.. dan kaum wanita juga adalah kaum yang sangat lemah berbanding kaum lelaki.. maka, kaum lelaki telah diamanahkan untuk membimbing kaum wanita dengan cara yang diredhai Allah SWT..




WANITA

munsyid: DeHearty
album : Insan Istimewa


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

diambil daripada>>>
http://liriknasyid.com

i'm a BIG girl...

just for me...>__<



yes..
i admit that..
i'm a weak girl..
i'm a girl who are often bullied..
i'm a girl who has no self-confidence..
i like a girl who is not allowed to have fun..
i'm a girl who no one wanna be her friends..
i'm a girl who are always isolated from others..
i'm a girl who doesn't have the strength to speak openly..
i'm always been a girl who is treated like a girl who doesn't have a feelings..
i'm a girl who has nothing special..

but..
it is a long time ago..

now..
i wanna be a new me..
i wanna change myself turn to a better than the past..

i wanna be a strong girl..
i wanna be a girl who has self-confidence..
i wanna be a girl who is able to lead others..
i wanna be a girl who could speak with courage and confidently..
i wanna be a girl who is given a chance to have fun, happy and joyful in my life..
i wanna a girl who is no longer treated like a girl who doesn't have a heart and feelings..
i wanna be a girl who has many friends and many people like the way i am..
i wanna be a girl who always was appreciated whatever that i'm doing..
i wanna be a girl that everyone always needed..
i wanna be a girl who have own privileges...

YES…!!
This is a new me..
I’m a big girl now..
I’ve the right to decide my life..
All I'm doing I think it's a good for me..
I hope one day I’ll be all the things I want..
InsyaAllah…
(sorry, my english is so bad..huhu)

Tuesday, 27 September 2011

KU BERTANYA..



I love this song but I don’t know why everytime I heard this song my tears will be flowing. 
This song reminds me of my ex-boyfren. I feel really sad when reminded memories with him. 
He has a lot of poke and hurt my feelings. He’s so cruel. 
I didn’t expected he would doing this things. 
He’s cheating and doubling my love..! guise of a good face. 
Honestly I say that now I already can forget all about him, just sometimes the memories will come like the wind blew on my skin. 
All our memories I’ve buried it forever and will not be back into my life. Goodbye to you..

Monday, 26 September 2011

miss dot dot dot....

assalamualaikum.....

soalan cepu emas :
i)  adakah anda tahu siapakah tuan empunya blog ni...?


jika anda tahu, sila hantarkan jawapan anda melalui SMS ke nombor ini :
01*-5*****9

ok, jumpa lagi..
tata...
(merapu..takde idea nak tulis)



i'm falling in love again???

jatuh cinta lagi?
aku jatuh cinta lagi?
betul ke aku jatuh cinta lagi?
aku jatuh cinta dengan sape?
sape boleh bagitau saya sape orangnye????

.....the end.....

UNDER RENOVATION

i'm alone....

Semenjak aku masuk semester 4 sem lepas, hidup aku kat UiTM nih cam sebatang kara je, hidup keseorangan . kawan kawan aku yang dulunya selalu membuatkan aku tertawa, sama sama mencipta kenangan kini tiada lagi .terlalu banyak kenangan suka duka yang telah dilalui bersama .

aku sedar banyak kesilapan yang aku buat . n ape yang aku lalui sekarang nih semua disebabkan keputusan aku sendiri . aku tak salahkan sape sape . yela buat keputusan tanpa berfikir, begini la jadinya . masa sem 4 aku gatal pi tukar class, konon nak rasa suasana baru . last2 semua orang dah ade geng masing2, sapa yang nak peduli aku lagi . silap yang kedua, aku tak apply fast track . asalnya memang aku tak nak, sebab ramai lecturer pesan banyak keburukan kalau pi fast track . so aku tak apply . kawan kawan aku yang rapat ngan aku Belle, Syamilla, Ekin, and the geng semua ajak aku apply, tapi aku degil . last2 diorang ramai yang dapat n pegi tinggalkan aku . tuh baru dua kali ganda sakit  . kali ketiga sakit aku dapat bila besfren aku Ijah pindah ke UiTM Melaka . huhu . then the last pain is my beloved roomate, shida ariffin yang hilangkan diri entah kemana . senyap tanpa berita . cam ada something berlaku kat dia . apa2 pun aku doakan dia sentiasa selamat dan bahagia walau dimana dia berada . aminnn .. huhu ..

bertambah sunyi kat UiTM nih . sunyi sangat sangat . rasa dah takde makna duduk sini lagi . yela, sume orang nak ada kawan kan . tanpa kawan, dunia kita dah tak berwarna warni lagi . aku nih dah la jenis tak boleh hidup sorang sorang, mesti kena berteman . pergi mane mane pon kena ada orang teman . pendek cerita tak boleh berdikari la . keciannye . huhu .

that's all the sad story of my life ..
the end ...

Sad Story...

“ … Saya janji takkan tinggalkan awak walau apapun yang terjadi kerana saya terlalu sayangkan awak . saya sayang awak sangat sangat . hanya awak dalam hati saya . saya akan sentiasa disisi awak dan sentiasa buat awak bahagia bila bersama saya … “

Teringat kata kata yang pernah hafiz lafazkan pada suatu masa dulu . kini hanya menjadi kaca yang sentiasa mencalar calar dinding hatiku . sudah hampir dua bulan aku dan hafiz berpisah . kali terakhir berjumpa semasa dia temankan aku pergi hospital kerana aku ada temu janji dengan Dr. Shaiful berkaitan penyakitku . sejak umurku 12 tahun aku telah disahkan mengidap penyakit barah otak .

sengaja aku pasang lagu Kau Anugerahku nyanyian Saleem .. lagu yang pernah dinyanyikan oleh hafiz untukku

“ … akanku sanjung namamu setinggi bulan purnama, ke mana pun jua akanku payungi cinta, tiada lain yang ku lihat, hanya dikau depan mata, anugerah istimewa, Julia … “

Tanpa disedari bergenang air mataku . kesedihanku tidak dapat dikawal lagi . air mata bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir . tak tertahan lagi .

Sedih dihatiku hanya tuhan je yang tahu . hampir setiap hari aku menangis mengingatkan hafiz . mengingatkan kenangan yang pernah aku lalui bersama sama hafiz . permulaan yang sangat indah tak sangka akan berakhir dengan kesedihan .


Tet  tet .. tet tet ..

Tiba tiba henfon aku berbunyi . semua orang memandangku cam tak puas hati . mana tak nya aku lupa nak silent henfon daa . malu aku dibuatnya . kelam kabut aku keluarkan henfon  dari beg dan terus silent . fuhh ! lega .

“ … okey, dats all for today . we’ll continue in de next class . thanks for coming … “ ucapan terakhir miss Zulia, pensyarah yang mengajar subjek ETR300 (entrepreneurship) dan merupakan pensyarah tercantik sekali di fakulti FSKM . haha

Apa lagi, aku pun terus buka sms tadi .

Aduh, sape pulak ni nak kenalan kenalan pulak . memandangkan aku ngah single, so layan jela .heh heh .

Mesej punye mesej punye mesej . last last dia mengaku dia budak sekolah aku masa sekolah teknik dulu . tapi aku tak penah tengok dia pun, yela budak sekolah tu bukan sikit, kelas teknik ade 5 kelas, vokasional saja ade 17 kelas, masuk ERT lagi 5 kelas . campur semua sekali dah 27 kelas . tuh baru senior . tak campur junior lagi, 27 kali 2 = 54 kelas semuanya . aku agak agak jela, tak pasti pun betol ke tak . J

Dia dapat no fon aku daripada kawan aku, johan . tak pe la . kami pun kawan la . kawan kawan kawan last last couple . first meet ialah di rumah aku . dia datang jumpa family aku, n minta izin untuk bawa aku keluar makan . so sweet n gentle sangat . hati aku sikit sikit dah berkenan dengan sikap dia .

Dia selalu bawa aku pergi tempat tempat menarik . jogging kat taman tasik, naik bukit, jalan jalan kat zoo n macam macam lagi . dia penah hadiahkan aku teddy bear warna putih, sebab dia tahu aku suka warna putih . dia juga selalu hantar aku balik U, memandangkan tempat belajarnya tidak jauh dari tempat aku belajar . aku rasa bahagia sangat .

Setiap kali raya, dialah tetamu pertama yang datang beraya di rumah aku . first year beraya dengan dia, dia datang bawa kawan kawan . second year raya, dia bawa aku jumpa family dia pula . aku rasa dia sangat serius dengan hubungan ni . aku rasa sangat bertuah kerana ditakdirkan bertemu dia .

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan tahun berganti tahun . masuk bulan ni dah tiga tahun lapan bulan kami bercinta . dia dah abis belajar dan kini memulakan Latihan Industri (LI) di pelabuhan sebagai juruteknik elektrikal . sejak itu, aku sering diabaikan . alasannya dia terlalu sibuk . kadang kadang sampai berminggu minggu tak da khabar berita . aku mula tertekan dengan keadaan tu . Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerana aku menyangkakan dia dah ada insan lain dihatinya . aku sangat menderita .

selama lebih kurang lima bulan dia menyepikan diri, tiba tiba dia muncul semula menagih kasih . aku yang masih sayangkan dia tanpa memikirkan apa apa terus bersetuju untuk meneruskan hubungan . kawan kawan aku semua menasihati supaya berfikir dulu, tapi aku tetap dengan keputusan kerana aku terlalu percayakan dia .

selepas aku terima dia semula, dia berjanji akan mengubah sikapnya dan takkan mengulanginya . dia juga minta maaf kerana bersikap cam tu . aku pernah bertanyakan kepadanya, selama lima bulan terpisah ada tak dia bercinta dengan perempuan lain . dia jawab tak ada, n dia tanya aku balik . aku pun jawab tak ada .

seminggu selepas itu, ternyata perangainya kembali seperti dulu . mesej pun dah jarang, tambah tambah call lagi jarang . terseksanya aku .

satu hari, terlintas dalam fikiran aku nak tengok facebook dia . aku baca satu persatu komen komen dia . setiap inci dalam facebook dia aku proses . tiba tiba mata aku terpaku pada satu komen .


Aku mula syak sesuatu . keesokan harinya, aku bertanyakan dia hal tu, tapi dia cakap budak tu adik angkat dia . so aku malas nak panjang crita sebab tak ada bukti yang kukuh untuk bercakap bukan bukan .

Dua tiga minggu lepas tu, aku buka lagi facebook dia . kali ini si perempuan tu tag pula nama dia pada gambar dia .

Sekali lagi aku bertanya soalan yang sama kepadanya . mungkin dia dah mula fade up kot, terus dia matikan panggilan aku . sedih teramat bila dia buat cam tu . mencurah curah air mata aku .

“…kau ni lemah la, baru sikit dah nak nangis . ala ramai lagi orang nak kat kau, kau je tak nak bagi peluang kat orang lain . kalau kau dah tak tahan dengan sikap dia putus jela …” tu la kata kata kawan aku .

Lama aku fikir apa yang perlu aku lakukan . aku takkan puas hati selagi dia tak mengaku . akhirnya aku buat keputusan untuk  bertanya sendiri kepada perempuan tu . aku text dalam facebook sebab aku tak ada no fon dia . bila aku tanya perempuan tu, memang betul la apa yang aku sangka selama ni .
Bertambah tambah kesakitan yang aku alami . hibanya rasa . tak ada siapa yang memahami . orang yang aku sayang cinta rindu sanggup menduakan aku . cintaku yang aku dambakan hanya untuk dia sorang dibalas begini . Akhirnya aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan buat kedua kalinya . merayu rayu dia supaya aku tak tinggalkan dia, tapi apakan daya mungkin jodoh aku dengan dia tak kesampaian . bahagia yang aku rasa hanya sampai di tengah jalan je, tak sempat ke penghujungnya  .

Kini aku menjalankan kehidupan tanpa dia disisiku lagi . hatiku bertambah tenang cuma sesekali keperitan tu datang bersama angin bayu yang menyapaku lembut . sesekali aku masih teringatkan kenangan bersama dia, kadang kadang aku rindu untuk menatap wajahnya, melihat senyumannya, mendengar suaranya dan macam macam lagi . kadang kadang aku rindu sms dan panggilan dari dia . Ya Allah kenapa semua ni berlaku padaku .

Sekian.

nEw bLoggEr stOry....

3 pagi ...

Sunyi yang amat . budak budak dalam bilik aku suma dah tersadai . sekali aku tengok cam ikan ikan masin kering yang opah aku jemor tengah panas tuh pon ada . haha ! agaknya penat sangat menyembang bergosip mengumpat kot .

Yang aku plak ngah busy wat assignment . Cuma dengar bunyi2 taep menaep je . sambil sambil on9 carik info yang berguna tok dimasokkan lam assignment aku yang tak brape nak menarek topic dia “Penternakan Ayam Organik” .

carik punye carik punya carik punya carik punye carik punya carik punya carik punye carik punya carik punya carik …

tetibe aku terdengar satu bunyi pelik , sekali dengar cam orchestra yang aku tengok kat KL ari tuh je . aku amati bunyi tuh lagi . kali nih bunyi tuh makin kuat . naik remang suma bulu roma aku ..

dalam hati aku kata “Aik awat bunyi tuh cam dekat sesangat sangat je ?” aku pon memberanikan diri carik dari mane datangnye bunyi tuh . ala cam lam crite katon, bunyi kan ada cam asap asap tuh . hidung aku pon mula mencarik carik mengikot laluan asap asap td .


dalam keadaan yang masih terpinga pinga plus kepeningan and kekacauan tuh, tetibe membe aku yang ngah terpejam matanya tuh besuara, barangkali mengigau .

nak tau apa dia cakap ?

sambil tangannya menggaru garu perot, si mengigau tadi pon bekata “Oit ang tadak tempat laen ka nak buang angin hah !”

ya Allah, tekejot aku,
hehe

WERK... TAK LAWAK...

oke la, dah abes dah masalah tadi . aku pon sambung balik mengadap lappy Compaq aku nih . sambong balik carik carik tadi . tetibe aku terjumpa satu blog . aku pon mula membaca entrynya .

baca punya baca punya baca baca punya baca punya baca punya baca punya baca punya baca punya baca punya baca punya baca ….

wahhh ! ayat dia besh . even crita dia sometimes tak lah besh or lucu mana, tapi disebabkan ayat dia yang besh cantek menarek tertarek kao mmg de bomb tuh membuatkan crita dia jadi sonok and aku jadi excited nak baca .

tetibe hati aku rasa teringin bangat nak ada blog cam dia . otak aku yang tak brape nak hokeh nih penah gak tepikir, nak suoh si polan tuh bwat crita besh besh banyak banyak, then bagi kat aku tok masok lam blog aku . haha sampai ke situ fikiran aku meraban . tapi apakan daya .

dengan itu, terhasel la blog aku nih yang baru sehari jagung nih . rasa semangat nak bwat blog membuwak buwak plus bekobar kobar after read his blog . hihi .

tuh saja pengenalan tuk blog nih . sekian terima kasih ..

detik bersejarah..

 Yeaahhh !!

welcome to myself

lastly my dream to have my own blog really came true

yes ! i did it..

haha ..

>___<