Tuesday, 14 February 2012

Bertawakkallah Kepada Allah, Lalu Tidurlah dengan Tenang

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan
Sesungguhnya Dia Mahaa Pemurah kepada makhlukNya
Dan pasti akan memberikan kurniaNya

Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam redha Allah dan takdirNya dengan berbantalkan angina keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun, dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan kesedihan anda.
Allah S.W.T berfirman:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(surah Al-Baqarah:Ayat 45)

Ali R.A pernah berkata:

“kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh.”

Maka berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga Firdaus dan tempat yang berada dekat di sisi Tuhan Yang Maha Esa di syurga ‘Adn dan di tempat yang sangat disenangi, sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamatlah buat anda kerana telah memiliki iman dan kesabaran serta percaya kepada pahala Allah. Kelak anda akan mengetahui bahawa dalam keadaan apa pun andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.
Allah S.W.T berfirman:

“…..dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(surah Al-Baqarah:Ayat 155)



AIR MATA TAUBAT ADALAH AIR YANG PALING SUCI

Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah
dan jadikanlah dia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah S.W.T mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumanya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga dia tertidur. Selang beberapa saat dia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya,maka dengan serta-merta dia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat dan mengatakan: “Ya Allah, Engkau adalah hamba-ku dan aku adalah Tuhanmu”(salah dalam berucap kerana gembiranya).

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah S.W.T senang dengan taubat hambaNya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

“……dan bertaubatlah kamu sekamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.”(surah An-Nur:Ayat 31)

Bertaubat mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati dan titisan air mata. Yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang yang bertaubat, modal orang yang Berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar. Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui sirat jambatan yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.



Monday, 13 February 2012

Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah S.W.T


“Semua kejadian itu sekalipun menimpakan penderitaannya padamu ia pulalah yang akan merasakan kepadamu kenikmatannya”

Seorang pemuda dipenjara, namun ibunya tidak memiliki anak selain dirinya. Ibu itu tidak dapat memejamkan mata, kesedihan meliputinya dan dia menangis semahu-mahunya sampai dia bosan sendiri. Kemudian Allah mengilhamkannya petunjuk dengan kalimah:

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah.

Diulang-ulangnya kalimah agung itu, kalimah yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga. Tidak lama berselang, ketika dia hamper putus asa, tiba-tiba si anak dating mengetuk pintu rumahnya. Hatinya menjadi penuh dengan rasa gembira dan senang yang tiada taranya, kerana mendadak anaknya dibebaskan dari penjara sesudah dia putus asa dari kebebasannya. Seperti itulah pahala orang yang bergantung pada Tuhannya, banyak berdoa kepadaNya dan menyerahkan segala urusan kepadaNya.

Inilah kalimah agung yang didalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan keberuntungan. Perbanyakkanlah membacanya dan usirlah dengannya dari dalam diri anda segala kesusahan, kesedihan dan kedukaan, nescaya anda akan beroleh kegembiraan dari Allah dan menemui kemudahan yang dekat waktunya.

Jangan sekali-kali anda berputus asa atau membiarkan kekecewaan menghimpit diri anda, kerana sesungguhnya tiada satu pun kesempitan melainkan sesudahnya datang kelapangan dan tiada satu pun kesulitan melainkan sesudahnya ada kemudahan. Itulah ketentuan yang pasti berlaku dan peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, berbaik sangkalah selalu kepada Allah, bertakwalah kepadaNya, memohonlah kepadaNya dan nantikanlah jalan keluar dariNya.



kemudahan disebalik kesusahan

"Semoga kesusahan yang menimpa diriku, di sebalik terdapat kemudahan dalam waktu yang terdekat."

Raihlah keberuntungan dengan membaca buku yang bermanfaat atau kaset yang berfaedah, baik dengan cara membaca mahupun mendengarnya. Semaklah bacaan yang merdu dari Kitabullah. Semoga satu ayat saja dapat menggetarkan jiwa anda, masuk ke dalam hati dan menyentuh jiwa anda. Dengan demikian, bila anda bersamanya, akan datang hidayah dan cahaya dan bersamanya pula akan hilang rasa putus asa, keraguan, kecurigaan dan kekhuatiran yang selama ini ada dalam diri anda.
Pelajarilah tumpukan buku sunnah (hadis) dan bacalah perkataan kekasih Allah S.W.T, Muhammad S.A.W dalam kitab Riyadus Salihin, nescaya engkau akan mendapatkan ubat keberhasilan dan ilmu bermanfaat yang akan menjagamu dari kehinaan, akan melindungimu dari kebodohan, serta akan menyembuhkan dari segala penyakit.
Sebenarnya ubat anda terdapat dalam wahyu, baik yang berhasil dari Al-Quran mahupun As-sunnah. Kesenangan anda berada dalam iman; penyejuk hati anda berada dalam solat; keselamatan kalbu anda berada dalam sikap redha; dan keteduhan perasaan anda berada dalam sifat qana’ah anda. Sesungguhnya kecantikan wajah anda berada dalam senyuman; terpeliharanya kehormatan anda berada dalam hijab; dan ketenangan hati anda terletak pada zikir.


 

KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG


Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis air matanya namun kita tidak melihat.. kerana menangis dia dalam senyap.. menangis dia dalam hatinya.. deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya mengalir.. sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawalan.. bimbinglah dia.. tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. lantas dia akan menggenggam erat tanganmu.. di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang mengatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya.. apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merinduimu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.. dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya.. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang terbaik dimatanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya alam masa sesaat.. kata orang sekeras-keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan kembali semula.. itu tandanya dia benar-benar menyintaimu.. perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. dia terlalu emosional.. tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. akan mengambil masa yang lama untuk pulih…